fbpx

MSAM 2023 catat lebih 200,000 pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung mengambil peluang berkunjung bersama keluarga dan rakan pada hari terakhir MSAM 2023 yang berlangsung di Setia Fontaines, Bertam, hari ini.

SEBERANG PERAI – Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 telah mencatatkan kehadiran lebih 200,000 pengunjung sepanjang sembilan hari penganjuran program berlangsung, bermula 30 September lalu dan berakhir hari ini.

Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, penganjuran karnival celik kewangan tahunan terbesar itu berjaya mencapai penglibatan yang menggalakkan di semua platform digital yang diadakan dalam bentuk hibrid, secara fizikal dan maya.

Menurutnya, karnival yang bertemakan “Bijak Melabur, Santai Berhibur” itu bertujuan meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia dari semua peringkat umur melalui pelbagai aktiviti.

“MSAM 2023 menerima kehadiran pengunjung bukan sahaja dari Bertam dan kawasan sekitarnya malah dari seluruh negara termasuk Selangor.

“Kami di PNB bersyukur kerana MSAM kali ini telah menarik minat pengunjung pelbagai lapisan masyarakat dan umur. Ini merupakan suatu perkembangan positif dan membantu usaha PNB untuk melahirkan lebih ramai generasi muda yang celik pelaburan,” katanya ketika berucap pada majlis penutup MSAM 2023 yang berlangsung di Setia Fontaines, Bertam di sini, hari ini.

Hadir merasmikan majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid dengan diiringi Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, karnival tersebut turut menerapkan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) pada gerai pameran, aktiviti dan kandungan sepanjang program tersebut berlangsung.

“Ini merupakan sebahagian daripada misi PNB untuk memberi inspirasi kepada golongan muda untuk menuntut ilmu dan pendidikan tinggi. PNB juga menghargai sokongan para pelabur terhadap unit-unit amanah yang diuruskan.

“Kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap PNB yang mengurus dana dan unit amanah ini amat kami hargai,” jelasnya.

Sepanjang MSAM 2023 berlangsung, pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai hampir RM1.4 juta de­ngan hadiah utamanya adalah rumah teres di Setia Fontaines, kereta BYD Atto 3 Standard Range dan Toyota Vios 1.5G AT.

Antara rakan korporat MSAM 2023 adalah Maybank, Sime Darby Plantation Berhad, UMW Hol­dings Berhad, S P Setia Berhad selaku Rakan Premier.

Selain itu, Rakan Utama MSAM 2023 adalah Sime Darby Property Berhad, Malaysian Industrial Development Finance Berhad, Perodua, MNRB Holdings Berhad dan Sime Darby Berhad, manakala Duopharma Biotech Berhad dan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. dalam kategori Rakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI