fbpx

Majlis Keselamatan PBB digesa adakan sidang tergempar hentikan keganasan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa untuk memainkan peranan dan memenuhi tanggungjawab diamanahkan bagi mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa termasuk di Palestin.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, susulan itu, PBB perlu segera mengadakan sidang tergempar bagi menuntuk semua pihak menghentikan keganasan selain bertindak melindungi nyawa orang awam yang tidak bersalah.

Katanya, Malaysia amat prihatin terhadap kehilangan begitu banyak nyawa akibat pertempuran di sekitar Semenanjung Gaza.

“Pada masa kritikal ini, kehilangan nyawa, penderitaan dan kemusnahan harus dihentikan selain pihak-pihak terlibat perlu menahan diri sepenuhnya.

“Sebab utama mesti diakui di mana rakyat Palestin telah tertakluk kepada pendudukan haram berpanjangan, sekatan dan penderitaan, penodaan Al-Aqsa serta rampasan politik di tangan Israel sebagai penjajah,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, Malaysia juga menggesa pihak antarabangsa untuk lebih konsisten dalam mengecam pentadbiran apartheid Israel.

“Seharusnya tidak ada layanan yang tidak seimbang dan kepuraan dalam menangani mana-mana rejim yang mengamalkan apartheid serta melanggar hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

“Ini kerana Rakyat Palestin mempunyai hak untuk hidup secara aman dalam sempadannya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI