fbpx

Konsert GV 2023: Penonton sifatkan pakaian Jihan Muse tema oren ‘Felda’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pakaian tema oren 'Felda' yang dipakai Jihan Musa.

PETALING JAYA – Rata-rata penonton memuji penampilan ayu pengacara All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Jihan Muse yang mengenakan pakaian bewarna oren serta disifatkan mereka bertemakan ‘Felda’.

Menerusi komen di aplikasi X, penonton berkata, penampilan pengacara itu menyerlah dengan membawa tema ‘Felda’ terbabit.

“Tema Jihan hari ni oren Felda mantulsss,”tulis @justayuyu.

Pada masa sama, penonton turut memuji kecantikan pakaian yang dipakai juri Datuk Syafinaz Selamat yang mengenakan pakaian berwarna merah.

“Toknaz pun cantek gilsss today. Red hottttt,” kata araxians.

Persembahan Gegar Vaganza 2023 minggu ketiga malam ini dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh penyanyi berasal dari Indonesia, Hardy Mirza yang menyanyikan lagu Lemak Manis.

Bagaimanapun, penonton menyifatkan persembahan lagu tersebut kurang memberangsangkan berbanding rentak asal nyanyian Roslan Madun.

Penonton juga mendakwa suara Hardy terlalu sengau apabila menyanyikan lagu terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI