PETALING JAYA – Minggu ketiga konsert All Stars Gegar Vaganza (ASGV), memperlihatkan keserasian antara ketiga-tiga pengacara Nabil Ahmad, Jihan Musa dan Elly Mazlein.
Keserasian itu dapat dilihat apabila tiada lagi aksi melalut, membazir masa dengan bebelan kosong seperti dua konsert terdahulu.
Malah, penonton memaklumkan bahawa ketiga-tiga hos tersebut sudah pandai membahagikan tugasan pada minggu ini.
“Akhirnya tiga hos malam ini temui keserasian. Dah takdelah serabut dan cakap mengarut macam dua minggu lalu,” tulis @youngmarcusmn.
“Dah nampak chemistry (keserasian), Nabil, Jihan dan Kak Lina. Mereka dah pandai devide task (bahagi tugasan),” ujar @emeer6111.
Pada masa sama, penonton turut memuji sikap Elly Mazlein atau Kak Lina yang lebih ‘behave’ (sopan) berbanding konsert sebelum ini.
“Nak puji juga Kak Lina malam ni behave (sopan) dan profesional sikit,” kata WafyUzair.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi penonton dikenali sebagai @mountainsapple.
“Kak Lina ‘behave’ (sopan) malam ini, kita tunggu peserta nyanyi lagu dangdut pulak,”jelasnya. – KOSMO! ONLINE