fbpx

Konsert GV 2023: Elly Mazlein lebih terkawal, tak menyampuk komen juri – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elly pada malam ini dilihat lebih sopan selain tidak membuatkan penonton meluat.

SHAH ALAM – Tiada lagi kecaman dan lebih terkawal, itu yang dapat dilihat menerusi cara pengacaraan penyanyi Elly Mazlein pada konsert minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (ASGV), di Dewan Auditorium MBSA malam ini.

Jika sebelum ini kerap dikritik kerana terlalu gedik dan ‘hyper’, Elly pada malam ini dilihat lebih sopan selain tidak membuatkan penonton meluat.

Menjengah ruangan komen dalam media sosial, rata-rata memuji sikap pemilik nama penuh Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 42, yang tidak keterlaluan, malam ini.

“Bagus Kak Lina malam ini, tak menyampuk ketika juri beri komen dan intonasi suaranya juga lebih profesional.

“Seronok tengok Elly hari ini sebab lebih sopan dan bijak mengawal situasi tegang,” komen netizen.

Terdahulu, Elly menerima kecaman hebat daripada netizen dan dilabel sebagai pengacara keterlaluan sehingga ada yang meminta pihak produksi ASGV menyingkirkan namanya.

Menyedari kecaman tersebut, Elly bagaimanapun memohon maaf sekiranya gelagatnya di pentas ASGV membuatkan ramai meluat namun dia perlu melakukannya atas dasar kerja.

Selain Elly, ASGV turut dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI