fbpx

Kemenangan DUN Pelangai meniup semangat rancakkan pembangunan negara – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi Anwar di laman Facebooknya.

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kemenangan PH-BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai meniup semangat kepada Kerajaan Perpaduan untuk terus merancakkan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat berlandaskan kerangka Ekonomi Madani.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, kemenangan itu juga menjadi kesinambungan kecemerlangan PH-BN di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.

Jelasnya, kejayaan itu juga hasil kesepaduan kerjasama rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan yang berjaya mendobrak naratif fitnah dan perkauman sempit.

“Terima kasih saya ucapkan kepada para pengundi yang terus memberi kepercayaan kepada Kerajaan Perpaduan.

“Sekalung penghargaan juga kepada barisan jentera yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan ini,”tulisnya di laman Facebook hari ini.

Pada hantaran sama, Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada calon PH-BN atas kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai semalam.

“Alhamdulillah, tahniah kepada Dato’ Amizar Abu Adam yang memenangi PRK DUN) Pelangai,”katanya.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan Barisan Nasional berjaya mempertahankan kerusi DUN Pelangai apabila memperoleh majoriti 2,949 undi.

Dalam pertembungan tiga penjuru itu, calon BN, Datuk Amizar Abu Adam mendapat 7,324 undi dan Calon PN, Kasim Samat mendapat 4,375 undi manakala Calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni mendapat 47 undi.

Kerusi N36 Pelangai, diisytiharkan kosong susulan kematian Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang terlibat nahas pesawat di Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI