fbpx

Kantoi tunggang Yamaha LC guna nombor pendaftaran palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang Yamaha LC ditahan selepas didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu ketika menyaksikan perlumbaan haram di E-Gate, awal pagi tadi.

GEORGE TOWN – Seorang juruteknik swasta diberkas selepas menggunakan nombor pendaftaran palsu pada motosikal jenis Yamaha LC yang dia tunggang ketika menyaksikan perlumbaan haram di E-Gate, Persiaran Tunku Kudin, awal pagi tadi.

Tangkapan pemuda berusia 21 tahun itu dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD TL) ketika operasi di ‘port’ panas pelesit rempit dijalankan kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, penahanan lelaki yang masih bujang itu dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan ke atas 148 individu bersama 136 motosikal yang ditahan dalam sekatan tersebut.

“Siasatan ke atas pemuda yang bekerja sebagai juruteknik swasta itu dijalankan di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Dalam operasi tersebut, sebanyak 126 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan selain menyita 13 motosikal selepas didapati mengubahsuai motosikal secara keterlaluan,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan keterujaan sekumpulan besar penunggang dan pembonceng motosikal menyaksikan aktiviti perlumbaan haram pada hujung minggu terbantut apabila mereka dikepung polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI