fbpx

EPL: Arsenal bersiap akhiri badi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA mengakui tidak menyediakan pelan khusus untuk turun menentang City sebaliknya berharap para pemainnya mampu memberikan aksi terbaik. - FB ARSENAL

LONDON – Pengendali Arsenal, Mikel Arteta menggesa para pemainnya untuk menampilkan aksi terbaik untuk menamatkan penguasaan Manchester City ke atas mereka pada aksi sebelum ini menjelang pertemuan kedua-dua pasukan malam ini.

The Gunners bakal menantikan kunjungan City di Emirates malam ini ketika mereka masih belum mencatat sebarang kemenangan ke atas penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dalam saingan liga sejak lapan tahun lalu.

Arteta sebelum ini menamatkan penantian kemenangan Arsenal ke atas Manchester United selepas 14 tahun pada 2020 dan beliau juga membantu pasukan itu menewaskan Chelsea buat kali pertama sejak 10 tahun lalu pada 2021.

“Saya fikir kami mampu untuk menukarkannya. Apabila saya tiba di sini, sudah lama kami tidak menang di Old Trafford dan Stamford Bridge, namun kami berjaya melakukannya. Jadi, saya fikir kami mampu lakukan juga menentang City.

“Saya sedar mengenai kualiti yang dimiliki City, ia tidak perlu dipersoalkan. Tumpuan saya ketika ini adalah untuk memastikan pemain berada dalam keadaan terbaik sepanjang 100 minit perlawanan. Ia perkara yang kami boleh kawal dan fokus, manakala selebihnya di luar kuasa kami,” katanya.

Setakat ini, Arsenal tewas 12 kali dalam pertemuan EPL menentang City dan sekiranya skuad kendalian Pep Guardiola mampu menang, bermakna mereka bakal mencipta sejarah menjadi pasukan pertama mencatat kemenangan paling banyak terhadap satu pasukan dalam EPL.

The Gunners ketika ini masih belum tewas dalam sebarang perlawanan sepanjang tujuh aksi musim ini bersedia untuk melupakan kekalahan pada aksi Liga Juara-Juara menentang RC Lens Rabu lalu untuk meneruskan rekod berkenaan.

Dalam pada itu, Arteta turut mengakui belum menyediakan pelan khusus untuk menyekat pergerakan penggempur sensasi City, Erling Haaland, sebaliknya mahu para pemainnya bermain seperti biasa.

“Kita bercakap mengenai kualiti pasukan lawan, bagaimana kami perlu menyekat mereka dan mendapatkan peluang menjaringkan gol adalah seperti juga menentang pasukan lain. Saya mahu pemain faham siapakah lawan yang bakal mereka tentang,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI