fbpx

Empat NGO sokong Operasi Tufan Al-Aqsa oleh pejuang Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil empat NGO yang menyokong Operasi Tufan Al- Aqsa. FOTO AMREE AHMAD

PUTRAJAYA – Empat organisasi bukan kerajaan (NGO) menzahirkan sokongan padu terhadap Operasi Tufan Al-Aqsa yang dilancarkan oleh pejuang Hamas ke atas rejim Israel.

Jurucakap Sekretariat Palestin Malaysia, Farazdaq Fargas berkata, pada masa sama, mereka juga sepakat untuk menyokong penuh objektif misi khas tersebut demi melindungi kesucian Masjidil Aqsa.

“Sokongan NGO tersebut meliputi antaranya Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dan Perhimpunan Ulama Asia selain Alliance of World Masaajid in Defense of Al-Aqsa serta Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia.

“Operasi ini sebenarnya adalah tindak balas terhadap isu pencerobohan biadab pelampau Yahudi sendiri ke atas pelbagai tempat suci di sekitar Baitulmaqdis selama ini,” katanya tadi.

Awal subuh semalam, pergerakan Hamas yang menguasai Gaza melancarkan serangan mengejut bersama-sama kumpulan Al Qassam, Jihad Islam, Al Quds dan batalion Jenin.

Pada masa yang sama, katanya, mereka juga menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan sesi mesyuarat tergempar bagi mengeluarkan nota solidariti untuk Palestin.

Langkah sedemikian tegasnya, amat perlu kerana setakat ini belum pun ada sebarang tindakan berkesan mana-mana badan sejagat sejak Perjanjian Oslo dimeterai pada 1993. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI