fbpx

Bedah siasat jenazah Hazlami belum dapat dijalankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hazlami

PUTRAJAYA – Proses bedah siasat jenazah pendaki Malaysia yang juga kakitangan Petronas Chemicals, Hazlami Ahmad Nizam yang meninggal dunia di pergunungan Mera Peak, Nepal dilaporkan belum dapat dilakukan ketika ini.

Perkara itu dimaklumkan Pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia (Malawakil) di Nepal selepas memaklumkan pihak hospital menerima banyak mayat.

Katanya, proses bedah siasat itu juga bergantung kepada keadaan semasa yang ditentukan pentadbiran hospital.

“Setakat ini Malawakil masih belum menerima maklumat sama ada proses bedah siasat dapat dijalankan hari ini.

“Pihak berkuasa Nepal juga sudah mengarahkan pihak keluarga Hazlami untuk membuat laporan polis berkenaan kematian sebelum bedah siasat dijalankan oleh hospital.

“Pada pertemuan bersama Malawakil yang diadakan semalam, waris Hazlami juga menyatakan hasrat agar urusan mandi dan mengkafankan jenazah diadakan di Kathmandu, sebelum dibawa pulang ke tanah air,” katanya.

Malawakil berkata, proses tersebut akan dilaksana oleh pihak insurans bersama agensi yang dilantik dan pihak pengurusan masjid terdekat.

Katanya, jenazah bakal diterbangkan ke tanah air dan untuk dikebumikan di Kampung Bakar Bata, Sungai Petani.

Sebelum ini, media melaporkan, jenazah Hazlami tiba di Teaching Hospital, Kathmandu kira-kira jam 2 petang (waktu tempatan), selepas diterbangkan dari Lukla bagi pemeriksaan polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI