KETIKA ramai memuji dan ‘mengagungkan’ kisah perjalanan rumah tangga Aliff Aziz yang bersyukur isteri tercinta sentiasa di sisi ketika berada di titik terendah, lain pula reaksi diterima.
Bella Astillah daripada sebuah hantaran Instagramnya baru-baru ini.
Menerusi hantaran tersebut, Bella mempromosikan produk makanan tambahan tetapi lain pula yang dikritik netizen iaitu pakaian ketat digayakan.
Diva pun tak nafikan baju yang dipakai Bella dalam video itu agak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya yang kecil molek itu.
Disebabkan pilhan busananya, ramai yang menasihat Bella agar sentiasa menjaga aib suami dan tidak terlalu berkongsi perkara yang boleh mengundang rasa kurang senang masyarakat.
“Astaghfirullah, saya sebagai wanita malu melihat pemakaian sebegini. Semoga diberikan hidayah.
“Janganlah ketat sangat, jagalah aib suami,” komen netizen.
Senang cerita, kalau rasa tak mahu dilanda kecaman, janganlah buat sesuatu yang mengundang kecaman.
DIVA: Harap Famili Duo tahun ini tiada lagi drama sensasi seperti musim terdahulu.