fbpx

Ain elak bercinta di usia muda, mahu jadi usahawan hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIN cari pasangan yang memahami dan sedap mata memandang.

Demi cita-cita mahu lulus cemerlang dalam pengajian sete­rusnya membina kerjaya yang hebat, gadis Pesona Ahad minggu ini tekad untuk tidak bercinta dalam usia yang muda.

Zuain Anisa Muhammad, 21, merupakan pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Pemasaran di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memilih untuk fokus mencapai impiannya sebagai seorang usahawan hebat suatu hari nanti.

Zuain atau lebih mesra disapa Ain mengakui kepada Kosmo! Ahad bahawa dia tidak pernah menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki termasuklah ‘cinta monyet’.

KOSMO! AHAD: Kongsikan mengenai diri Ain?
AIN: Anak bongsu daripada empat beradik yang pastinya anak manja. Mudah berasa tenang ketika mendengar lagu dan jatuh hati menonton filem atau drama Korea.

Tentang Ain yang orang luar tidak tahu?
Sangat pemalu dan tidak punya kawan ramai. Jika duduk bersama, selagi tidak bertanya, selagi itu Ain diam dan hanya memerhati. Tetapi, Ain antara pengguna media sosial aktif, suka buat live dan bersembang dengan rakan-rakan.

Melalui platform itu, sifat pemalu Ain berubah menjadi pe­ramah dan mudah bersembang. Bagi orang luar, mereka nampak Ain berperwatakan ceria, mudah bersembang, bergurau, namun bagi yang kenal, terlihat sifat seorang gadis pemalu.

AIN seorang pemalu namun ramah di media sosial.

Antara kejayaan besar dalam hidup?
Kita sering dimomokkan de­ngan subjek Sejarah yang dikatakan susah dan tidak mudah meraih markah cemerlang atau A. Namun, saya berjaya buktikan ia boleh dicapai dengan usaha dan minat membaca.
Saya meraih keputusan A dalam Sijil Pelajaran Malaysia serta sewaktu mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

Pesanan kepada generasi muda?
Zaman sekarang ramai yang pilih kahwin muda, namun bagi Ain kita kena tahu apa tujuannya dahulu. Kalau semata-mata nak elak melakukan perkara tidak baik, kita sebagai manusia berakal, sudah pastinya boleh mengawal nafsu itu.

Bukan Ain halang perkahwinan muda, sebab ada yang berjaya, namun bagi pendapat peribadi, umur 25 tahun dan kebawah adalah masa untuk mencorak kehidupan dan kerjaya dahulu sebelum memulakan kehidupan berumah tangga.

Bukan apa, ramai juga pasangan muda yang memilih berkahwin pada usia awal 20-an ­akhirnya hubungan mereka terputus separuh jalan sebab darah orang muda masih membara. Rasa tidak seronok hidup diatur pasangan, sedangkan minat mereka masih mahu berhibur dengan kawan-kawan di luar.

Ciri-ciri pasangan idaman?
Pasangan yang memahami dan sedap mata memandang. Kalau boleh biarlah lelaki itu bukan anak negeri Pantai Timur. Ain teringin juga nak merasa hidup di luar negeri, melihat cara dan ­budaya orang di negeri lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI