fbpx

Aaron Aziz tak tua, tak dimamah usia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON berkongsi foto dirinya bersama anak bujang Danish masih bayi dalam Instagram.

PELAKON Datuk Aaron Aziz mencuri tumpuan apabila berkongsi sebuah video cabaran bersama anak bujangnya, Danish Anaqi Aaron bersempena ulang tahun kelahirannya.

Dalam video tersebut, Aaron mengulang siar semula gambar yang pernah dirakamkan bersama anaknya ketika remaja itu masih lagi kecil.

Namun, apa yang mencuri perhatian, selepas berbelas tahun berlalu, Aaron yang kini berusia 47 tahun masih kelihatan sama.

Wajahnya langsung tidak dimamah usia, walaupun anaknya sudah meningkat dewasa. Ramai yang puji pelakon itu masih lagi tampan dan kacak.

Malah ada yang hairan apabila wajah pelakon asal Singapura itu langsung tidak menunjukkan tanda penuaan.

“Muka bapanya sama dari muda sampai sekarang,” kata seorang netizen.

“Awet muda betul abang (Aaron),” kata seorang lagi netizen.

“Anak dah besar, tapi bapa kekal muda,” ujar seorang pengikutnya.

Sudah namanya pun artis. Kenalah menjaga penampilan. Agak-agaknya berapa ribu sebulan Aaron habis untuk menjaga wajah awet mudanya?

DIVA: Isteri Caprice, Farra Inalis dipuji wanita hamil paling jelita. Untunglah!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI