fbpx

1MDB : Roger Ng tiba di Malaysia malam tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roger Ng

KUALA LUMPUR – Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah tiba di Malaysia.

Keberadaannya di negara ini bertujuan untuk membantu proses siasatan berkaitan skandal 1MDB.

Mengesahkan perkara tersebut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lelaki tersebut telah tiba di negara ini pada malam tadi.

Bagaimanapun, Razarudin enggan mendedahkan lokasi keberadaan Roger Ng pada masa ini atas faktor keselamatan.

“Saya sahkan, dia (Roger Ng) sudah berada di negara ini selepas tiba tengah malam tadi,” katanya pada media hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, Roger Ng dijangka tiba di Malaysia bagi membantu proses siasatan berkaitan skandal 1MDB, malam tadi.

Menurut beliau, tempoh berapa lama Roger Ng akan berada di Malaysia adalah bergantung kepada proses siasatan.

Terdahulu, Ketua Hakim Daerah Amerika Syarikat (AS), Margo Brodie di Brooklyn, telah mengarahkan Roger Ng menyerah diri kepada Perkhidmatan Marshal AS supaya dia boleh diserahkan kepada penguat kuasa undang-undang Malaysia.  – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI