fbpx

Peniaga ‘online’ Malaysia simpati TikTok Shop Indonesia ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video peniaga 'online' di Indonesia bersiaran secara langsung di TikTok Shop sebelum ia ditutup.

PETALING JAYA – Tindakan pengendali platform perkongsian video, TikTok menamatkan perkhidmatan beli-belah ‘online’ menerusi TikTok Shop di Indonesia mendapat simpati peniaga dalam talian di Malaysia.

Menerusi tinjauan di media sosial TikTok, mereka meluahkan rasa sedih dan simpati apabila peniaga di Indonesia yang selama ini mencari pendapatan menerusi platform e-dagang itu, kini tidak lagi boleh berbuat demikian.

Dalam masa sama, ada juga pengguna rakyat Malaysia meluahkan kebimbangan sekiranya perkara sama berlaku di Malaysia sekali gus mereka berharap ia tidak menjadi kenyataan.

Seorang pengguna TikTok, nnajieyha_laa memuat naik video mengenai penutupan TikTok Shop di Indonesia yang turut memberi kesan kepada suri rumah di sana untuk mencari pendapatan.

“Kita semua cari makan dalam ni (TikTok Shop) dan kau orang bayangkan, orang yang betul-betul ‘struggle’ dan tak ada pendapatan, mereka mencarinya dalam TikTok. Tiba-tiba tak ada ‘income’ (kerana ditutup).

“Lepas kesemuanya tutup, dah tak boleh jual ‘beg kuning’. Tak boleh bayangkan siapa yang ada penjual dengan barang banyak, stok banyak dan modal dah berapa (habis) di situ.

“TikTok dah beri makluman awal akan ditutup. Kau orang bayangkan kehidupan orang-orang dengan ekonomi sekarang ini. Lepas itu kita cari makan dalam ni (TikTok). Terkesan wei, ya Allah kalau jadi di Malaysia macam mana. Aku tak tahu macam mana,” luahnya pada video yang dimuat naik.

Menjengah ke ruang komen, ramai yang bersimpati selain mengakui harga ditawarkan oleh penjual di TikTok Shop lebih murah sekali gus tidak mampu membelinya di premis.

“Kedai terlalu mahal dijual. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Kebanyakannya aku beli baju anak dan baju sendiri di TikTok sebab itu saja yang mampu,” kata seorang pengguna wanita.

“Aku baru nak berjinak sebab nak cari ‘income’ tepi. Harap malaysia tak tutup,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

Sementara itu, ada juga pengguna media sosial yang lain mendakwa TikTok Shop memberi kesan kepada peniaga yang menjual secara fizikal.

“Baik untuk yang berniaga ‘online’, tapi terkesan kepada yang bisnes fizikal. Sewa, pekerja dan kos lain-lain. Satu lagi harga main peranan penting,” ujar seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI