fbpx

Tiga kawasan di Johor catat IPU tidak sihat pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tiga kawasan di Johor menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pada pagi ini iaitu di Batu Pahat, Larkin dan Pasir Gudang.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Larkin dengan bacaan IPU 156, diikuti oleh Pasir Gudang (156) serta Batu Pahat (122).

Seterusnya, 54 kawasan pula menunjukkan bacaan IPU tahap sederhana, manakala 11 kawasan lagi dengan bacaan IPU tahap baik.

Kawasan dengan IPU tahap baik itu ialah Perlis di Kangar (49); Kedah melibatkan Langkawi (32), Sungai Petani (37) dan Kulim Hi-Tech (48); Pulau Pinang pula di Seberang Jaya (46), Minden (37) dan Balik Pulau (44), manakala Perak iaitu Taiping (44).

Selain itu, Terengganu iaitu di Besut (45) serta di Sabah merangkumi Kota Kinabalu (45) dan Kimanis (39). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI