PETALING JAYA – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam kini sedang mendahului dua calon lain.
Menerusi perkongsian di Facebook Setiausaha Agong BN, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebentar tadi, Amizar sedang mendahului dengan majoriti 1,651.
Ketika ini calon BN itu memperolehi 1,891 undi manakala calon Perikatan Nasional 240 dan calon Bebas dengan 15 undi.
“Mudah-mudahan terus mendahului, Insya-Allah,” jelas Asyraf.- KOSMO! ONLINE