fbpx

Stor simpan peralatan nelayan di Perai musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika operasi memadamkan kebakaran melibatkan sebuah stor menyimpan peralatan nelayan di Kawasan Perusahaan Perai, pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Sebuah stor tempat menyimpan peralatan nelayan musnah dalam satu kebakaran di Kawasan Perusahaan Perai di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu turut mengakibatkan sebuah kereta dan lima buah motosikal yang berada tidak jauh dari lokasi berkenaan terbakar. Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran setakat ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 10.02 pagi dan operasi memadamkan kebakaran membabitkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai.

Menurutnya, kerja-kerja memadamkan kebakaran turut mendapat bantuan pasukan bomba dari BBP Perda.

“Kebakaran melibatkan sebuah stor simpanan peralatan nelayan (kelas B) dengan anggaran kebakaran sebanyak 80 peratus.

“Dalam kejadian itu, sebuah kereta jenis Perodua Myvi turut terbakar kira-kira 10 peratus manakala lima buah motosikal lagi dianggarkan mengalami tahap kemusnahan antara 50 hingga 90 peratus,” katanya di sini, hari ini.

Tambah beliau, kebakaran bagaimanapun berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 18 minit kemudian dan punca sebenar kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI