fbpx

Satu jam redah sesak sejauh 2 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan berbaris panjang Jalan Kluang-Batu Pahat untuk membuat pusingan U di Taman Desa sebelum ke Wisma Persekutuan di Kluang.

KLUANG – Pengguna jalan raya antara Taman Intan ke Wisma Persekutuan terpaksa meredah kesesakan sejauh 2 kilo­meter selama sejam disebabkan pembukaan sebuah pasar raya di Bandar New Park di sini semalam.

Perjalanan itu sepatutnya hanya 15 minit bertukar menjadi sesak turut disebabkan simpang lampu isyarat ke bandar baharu itu tidak berfungsi.

Ratusan kenderaan yang melalui laluan itu terpaksa beratur panjang untuk membuat pusingan U di lampu isyarat di Taman Desa di situ.

Seorang penduduk, Roslan Kasim, 50, berkata, keadaan ini dijangka berpanjangan sekira­nya lampu isyarat di persimpangan ke bandar baharu itu tidak dibuka untuk beroperasi.

Katanya, keadaan ini sudah pasti akan menyusahkan urusan orang ramai di Wisma Persekutuan itu kerana hanya satu laluan yang dibuka bagi pengguna jalan membuat pu­singan U.

“Oleh yang demikian, kami berharap lampu isyarat di persimpangan itu dapat dibuka sepenuhnya agar tidak mengganggu pengguna jalan untuk berurusan di bangunan kerajaan berkenaan.

“Difahamkan banyak kejadian langgar belakang berlaku di laluan berkenaan akibat daripada penambahan kenderaan yang melalui jalan itu,” katanya.

Kata seorang lagi penduduk, Rahmat Othman berkata, ke­sesakan turut disumbangkan dengan pembukaan sebuah pasar raya baharu di situ.

“Kenderaan bertambah sebab nak ke pasar raya baharu itu, jadi pihak berwajib kena buat sesuatu,” gesanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI