fbpx

Sanggup jual walau sebulan guna semata-mata iPhone 15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pengguna yang sanggup menjual iPhone lama walaupun masih baru semata-mata ingin mendapatkan iPhone 15.

PETALING JAYA – Walaupun ketika ini ada rakyat yang dikatakan mengeluh dan terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi, namun di media sosial ramai pula yang ingin menjual peranti dari jenama Apple iaitu iPhone model sebelumnya semata-mata ingin mendapatkan model terbaharu, iPhone 15.

iPhone 15 yang baru sahaja dilancarkan bulan lalu menjadi buruan rata-rata peminat gajet tersebut sehinggakan di media sosial, iPhone 13 dan 14 yang digunakan hanya beberapa bulan sahaja ingin dijual.

Tinjauan Kosmo! di media sosial ketika ini ternyata, ramai pengguna iPhone 13 dan 14 sanggup menjual peranti masing-masing walaupun ada yang menggunakan telefon pintar itu hanya sebulan.

Rata-rata mereka sanggup menjual dengan harga yang murah semata-mata ingin mendapatkan keluaran daripada syarikat Apple yang terbaru itu.

Ramai pengguna media sosial yang mencari model lama iPhone ibarat mendapat durian runtuh dengan harga yang ditawarkan oleh pengguna yang ingin menjual peranti tersebut di media sosial ketika ini.

“Bukan nak cakap apa, bukan dengki tapi ada yang baru saja guna beberapa bulan dah ada yang nak jual, janganlah sampai tahap membazir macam tu. Harga bukannya murah.

“Tapi sesiapa yang ingin guna iPhone sekarang lah masa yang tepat nak beli,” kata Redzuan Ilias.

“Kalau ada yang nak guna iPhone 13 atau 14 ini adalah masa yang sesuai kerana ramai yang jual murah-murah semata-mata nak dapatkan iPhone 15, sayang betul ada yang aku jumpa baru sebulan pakai,” kata Wan Azwan Khairi.

Terdahulu, iPhone 15 yang baru sahaja dilancarkan bulan lalu kini boleh didapati di Malaysia dan dijual bermula pada harga RM4,399 sehingga RM8,499 bergantung kepada jenis model. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI