fbpx

PRK Pelangai: Sakit parkinson, uzur tidak halang mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROKIAH bersama anak perempuannya selesai mengundi di SMK Chemomoi di Bentong.

BENTONG – Meskipun menderita penyakit parkinson, tidak menghalang warga emas, Rokiah Said, 80 untuk keluar menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelangai, hari ini.

Malah, Rokiah yang berkerusi roda antara yang terawal tiba di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Chemomoi pada pukul 7.15 pagi.

Dia yang ditemani anak perempuannya, disambut oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) terus dibawa ke saluran satu.

“Makcik datang awal untuk mengundi sebab ini tanggungjawab yang perlu makcik tunaikan, biarpun keadaan makcik macam ni, makcik kena datang mengundi. Ini amanah.

“Tidak pernah makcik abai tanggungjawab ini. Setiap kali pilihan raya, memang makcik tidak akan ketinggalan untuk mengundi, dan kalau tak sihat, anak yang akan bawa,” katanya ketika ditemui di Pusat Mengundi SMK Felda Chemomoi di sini hari ini.

Sementara itu, Zaleha Sufir, 77 memberitahu, sebagai rakyat Malaysia, dia bertanggungjawab untuk keluar mengundi walaupun keadaan dirinya kurang sihat.

Dia yang berkerusi roda tiba ke pusat mengundi SMK Chemomoi di sini dengan ditemani anaknya, Zaimah Zainudn, 39 yang pulang ke kampung untuk menunaikan tanggungjawab.

“Makcik sakit lutut, bila jalan jauh, kena pakai kerusi roda. Alhamdulillah, makcik dah tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

“Siapa pun yang menang (dalam PRK) nanti, makcik harap dapat buat kerja dengan baik, jangan pinggirkan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai ini,” katanya.

Bagi Muhammad Sair Abdullah, 77 yang turut mengundi di saluran satu berkata, dia bersemangat untuk mengundi walaupun tidak dapat berjalan dengan betul.

“Pakcik tak sihat, bukan boleh jalan jauh sangat, hari ini keluar mengundi anak tolong hantar tetapi dia tak mengundi di sini.

“Ini tanggungjawab pakcik keluar mengundi. Tanggungjawab wakil rakyat pula (siapa pun menang) kena juga bertanggungjawab memastikan pembangunan di sini berterusan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI