fbpx

PRK Pelangai: Tiga beradik sanggup ambil cuti balik mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NORHAZIRAH (kanan) dan Siti Norhazifah (tengah) sanggup mengambil cuti semata-mata untuk balik mengundi pada PRK DUN Pelangai di Bentong hari ini.

BENTONG – Sanggup memohon cuti tahunan semata-semata untuk pulang mengundi antara bukti kesungguhan rakyat Malaysia bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai hari ini.

Seorang pekerja swasta, Siti Norhafizah Nasarudin, 25, berkata, dia memohon cuti bermula semalam dan memandu sendiri untuk pulang ke kampung lebih awal bagi mengelak kesesakan.

“Kalau ikutkan hari ini saya kena kerja tetapi saya minta cuti awal supaya dapat balik mengundi. Saya mohon cuti dua hari, ni saya sudah siap mengundi, lepas ini, saya nak balik ke Kuala Lumpur pula,” katanya ketika ditemui di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Chemomoi, di sini haru unu.

Sementara itu, adik kepada Siti Norhafizah, Siti Norhazirah, 24, yang bekerja sebagai warden asrama, turut memohon cuti lebih awal agar tidak ketinggalan mengundi dan memilih wakil rakyat yang akan membawa kemajuan di kawasan DUN Pelangai.

“Atas dasar tanggungjawab, saya sepakat dengan kakak untuk balik awal dan selepas sudah melaksanakan tanggungjawab saya, saya hendak balik ke Sungai Buloh sebab esok bekerja,” katanya.

Adiknya, Siti Norhaizah, 20, yang sedang mengikut pembelajaran di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut juga berkesempatan pulang ke kampung untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Ini kali kedua kami mengundi sini, kali pertama semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 15 lalu dan semestinya perasaan teruja itu ada.

“Lebih mengujakan, kami bertiga datang bersama-sama dan beratur di saluran yang sama. Kebetulan, pengundi sudah tak ramai masa kami datang, jadi tak perlu tunggu lama,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI