fbpx

PRK Pelangai: Generasi pertama Felda tidak pernah ketinggalan mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli Mahmud berpuas hati selepas dapat mengundi pada PRK DUN Pelangai di Bentong hari ini.

BENTONG – Tidak pernah ketinggalan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam pilihan raya umum sejak 1964 membuatkan dua warga emas begitu teruja selepas menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai hari ini.

Generasi pertama Felda Chemomoi, Ramli Mahmud, 87, berkata dia tidak sabar untuk keluar mengundi dan bersiap awal hari ini untuk ke pusat pengundian.

“Saya tak mahu terlepas mengundi dan hari ini saya bersyukur kerana dibawa oleh pasukan sukarelawan untuk mengundi.

“Memang setiap kali pilihan raya, saya tidak pernah terlepas mengundi dan hari ini saya berasa puas dan gembira selepas mengundi,” katanya yang berkerusi roda kerana sakit tua.

Bapa kepada enam anak itu berkata, dia juga telah meminta semua anak-anaknya untuk keluar mengundi kerana ia adalah tanggungjawab kepada negara.

Dalam pada itu seorang lagi generasi pertama Felda, Mohd. Shahrin Mat Dom, 84, berkata meskipun dalam keadaan uzur dia nekad untuk hadir ke pusat pengundian di SMK Felda Chemomoi di sini.

“Saya datang ke sini dengan bantuan sukarelawan kerana saya sudah uzur dan perlu bantuan untuk berjalan.

“Sebagai generasi Felda saya menyaksikan banyak perubahan di kawasan ini dan saya berasa bertanggungjawab untuk mengundi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI