fbpx

Pensyarah hadis tegur status Facebook Bonda Rozita berkaitan Nabi Muhammad SAW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rozaimi (kiri), Bonda Rozita (kanan).

PETALING JAYA – Pensyarah bidang hadis, Dr. Rozaimi Ramle menegur usahawan terkenal Rozita Ibrahim atau mesra dipanggil Bonda Rozita yang didakwa memuat naik status pada Facebook berkait Nabi Muhammad SAW atas pelbagai perkara.

Rozaimi yang juga pendakwah serta Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) berkata, memohon pertolongan dan bantuan perlu diminta kepada Allah SWT, bahkan perkara itu pernah dipesan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis.

“Saya baru terbaca satu ‘posting’ Bonda Rozita yang menulis, meminta kepada Rasulullah dalam banyak perkara. Bahawasanya dalam adab kita apabila hendak meminta sesuatu perlindungan penjagaan, sebenarnya perlu minta kepada Allah.

“Hal ini kerana yang berkuasa Allah Azzawajalla. Kita menyayangi Nabi Muhammad SAW, mencintai nabi… tapi nabi berpesan kepada kita. Nabi berpesan kepada Ibn Abbas yang jadi panduan kepada kita,” katanya pada video dimuat naik di TikTok rasmi beliau malam tadi.

Status Facebook dimuat naik Bonda Rozita yang menerima teguran Rozaimi.

Rozaimi kemudian membacakan hadis tersebut yang bermaksud, ‘apabila kamu ingin meminta, mintalah pada Allah dan jika inginkan pertolongan, minta pertolongan kepada Allah Azzawajalla’.

“Jadi hati-hati mintalah daripada Allah. Cintalah Nabi Muhammad SAW, sayangi nabi dan ikut ajaran nabi. Moga Allah Taala merahmati kita semua,” nasihat beliau.

Terdahulu, Bonda Rozita pada Facebook didakwa memuat naik status berkait Nabi Muhammad SAW atas pelbagai perkara sekali gus menerima maklum balas daripada orang ramai berhubung ucapan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI