fbpx

NASA akan bina rumah di Bulan pada 2040

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NASA akan melancarkan mesin pencetak 3D ke Bulan. - Icon

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merancang untuk membina penginapan di permukaan Bulan menjelang tahun 2040, lapor portal berita MailOnline.

Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) itu memberi peruntukan AS$60 juta (RM283.65 juta) kepada sebuah syarikat teknologi pembinaan, ICON untuk membina kediaman di Bulan yang boleh dihuni angkasawan dan orang awam.

NASA merancang untuk melancarkan mesin pencetak gergasi tiga dimensi (3D) ke Bulan dan menggunakan konkrit Bulan yang diperbuat daripada batu, serpihan mineral dan habuk sebagai struktur penginapan itu.

Dalam pada itu, NASA turut bekerjasama dengan beberapa universiti dan syarikat swasta untuk membina pintu, jubin dan perabot yang sesuai digunakan di Bulan. 

Selain membina penginapan di Bulan, NASA juga merancang untuk membina sebuah bangunan di Marikh yang boleh didiami manusia. 

Pelan itu masih di peringkat awal dengan gambaran bangunan tersebut hanya dikeluarkan pada 2022, namun semuanya boleh berubah dalam dekad akan datang.

Syarikat ICON berpangkalan di Austin,  menandatangani kontrak bersama NASA pada 2022 untuk menggunakan kepakaran percetakan 3D miliknya bagi membina penginapan mewah itu menggunakan sistem pencetakan dinamakan The Vulcan.

Semua komponen rumah seperti dinding dan bumbung akan dicetak secara berasingan dan dipasang selepas dicetak di Bulan.

ICON merancang untuk menguji mesin pencetaknya di Pusat Penerbangan Angkasa Marshall pada Februari tahun depan untuk melihat cara ia beroperasi dalam persekitaran hampagas dan  sinaran angkasa. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI