fbpx

Liga Europa: Gravenberch mula curi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GRAVENBERCH meledak satu gol ketika membantu Liverpool menewaskan Union SG pada aksi awal pagi semalam. - AFP

LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengakui gembira dengan impak yang dipamerkan oleh pemain baharu, Ryan Gravenberch selepas membantu pasukan melakar kemenangan 2-0 ke atas Union SG pada aksi Liga Europa awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Anfield itu, Gravenberch menjaringkan satu gol dengan tambahan satu jaringan menerusi Diogo Jota sekali gus dilihat semakin serasi dengan rakan sepasukan baharunya sejak berhijrah dari Bayern Munich, Ogos lepas.

Kata Klopp, apa yang dipamerkan oleh pemain antarabangsa Belanda itu cukup luar biasa, tetapi masih enggan memuji terlalu awal memandangkan saingan musim ini baru sahaja bermula dan dia perlu tampil lebih konsisten.

“Anda boleh lihat sendiri bagaimana jelasnya bakat yang ada pada Gravenberch dan dia cukup sesuai dengan falsafah taktikal pasukan kami. Buat masa ini, saya lihat dia masih berada dalam fasa menyesuaikan diri.

“Justeru, tidak wajar untuk kita berikan pujian melambung padanya tetapi harap dia dapat berikan aksi yang lebih konsisten sekali gus membantu pasukan mencapai objektif yang dimahukan musim ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Klopp turut gembira dengan prestasi pasukan secara keseluruhan selain menganggap pemain telah menunjukkan peningkatan selepas tewas kepada Tottenham Hotspur pada aksi liga minggu lalu.

“Saya memberi peluang kepada pemain yang tidak mendapat minit permainan sebelum ini seperti Ibrahim Konate, Kostas Tsimikas serta Jarrell Quansah dan mereka beraksi cukup baik. Begitu juga dengan Trent Alexander-Arnold yang baru pulih daripada kecederaan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI