fbpx

Langkah tangani jerebu akan dibahas di Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi merasmikan Loji Rawatan Kumbahan Serantau (RSTP) Papan 2, di Pusing, hari ini. Foto LIYANA RAMLI/KOSMO!

BATU GAJAH – Langkah bagi menangani isu jerebu di negara ini akan dibahaskan dalam Parlimen pada 9 Oktober depan.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya akan memberi status terkini langkah menangani isu ini pada hari tersebut.

“Selain daripada saya bagi penerangan, wakil-wakil rakyat akan membahaskan perkara tersebut sama ada dari pihak kerajaan ataupun pembangkang.

“Kita juga akan melihat apa tanggungjawab atau langkah yang mereka akan bangkitkan. Hari Isnin ini kita akan bagi status terkini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perasmian Loji Rawatan Kumbahan Serantau RSTP Papan 2.

Terdahulu, media melaporkan, kerajaan Malaysia sudah menghantar surat kepada Indonesia dan negara-negara ASEAN lain yang terkesan kejadian jerebu rentas sempadan sekali gus menangani masalah itu.

Menerusi laporan itu, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, surat itu dihantar kepada Indonesia dan negara-negara ASEAN sejurus selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkoordinasi dengan rakan sejawatnya bagi menangani masalah berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI