PETALING JAYA – Sembilan kawasan termasuk di Cheras, Kuala Lumpur dan Nilai, Negeri Sembilan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 7 malam ini.
Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Cheras mencatatkan IPU 109, manakala Nilai pula dengan 141.
“Seterusnya, Bukit Rambai di Melaka dengan bacaan IPU 146, manakala selebihnya di Johor melibatkan enam kawasan iaitu Segamat (122), Batu Pahat (157), Larkin (162), Pasir Gudang (157), Pengerang (111) dan Kota Tinggi (118),” menurut laman web tersebut. – KOSMO! ONLINE