BENTONG – Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan apabila memperoleh majoriti 2,949 undi.
Dalam pertembungan tiga penjuru itu, calon BN, Datuk Amizar Abu Adam mendapat 7,324 undi dan Calon PN, Kasim Samat mendapat 4,375 undi manakala Calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni mendapat 47 undi.
Pegawai Pengurus PRK DUN Pelangai, Datuk Mohamad Shahid Ismail berkata, Datuk Amizar Abu Adam daripada BN dipilih sebagai ADUN Pelangai selepas mendapat majoriti 2,949 undi.
Katanya, Calon PN Kasim Samat mendapat 4,375 undi dan Calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli mendapat 47 undi manakala Datuk Amizar Abu Adam mendapat 7,324 undi.
Tambahnya sebanyak 120 kertas undi ditolak dan peratusan keluar mengundi yang direkodka adalah 72.12 peratus.
Kemenangan DUN Pelangai menyaksikan BN dan PN masing-masing mempunyai 17 kerusi DUN manakala Pakatan Harapan (PH) mempunyai lapan kerusi DUN.
Kerusi N 36 Pelangai, diisytiharkan kosong susulan kematian Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang terlibat nahas pesawat di Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.
Susulan itu, SPR menetapkan 23 September sebagai hari penamaan calon dan 7 Oktober hari pengundian PRK DUN Pelangai yang membabitkan 16,456 pemilih berdaftar.
PRK DUN Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN) yang diwakili Datuk Amizar Abu Adam, Calon PN Kasim Samat dan calon bebas Haslihelmy DM Zulhasli.
Johari yang merupakan tokoh korporat berjaya dan kali pertama bertanding mewakili BN pada PRU15 lalu menang di kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi.
Allahyarham menewaskan calon PN, Kasim Samat 3,260 undi, Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan Harapan (PH) 2,031 undi dan Isa Ahmad dari Parti Pejuang memperoleh 65 undi. – KOSMO! ONLINE