fbpx

Blower kilang proses soya di Tasek Gelugor terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba ketika menjalankan kerja-kerja ’overhaul’ di kilang pemprosesan soya di Tasek Gelugor, pagi tadi. 

SEBERANG PERAI – Mesin penyejuk udara atau blower di sebuah kilang pemprosesan soya musnah dijilat api dalam kebakaran di Tasek Gelugor di sini, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 8.38 pagi dan operasi pemadaman melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor dengan bantuan BBP Kepala Batas.

“Kebakaran membabitkan mesin penyejuk udara di bahagian ruang penyimpanan sejuk beku dengan anggaran kira-kira 40 peratus. Kebakaran yang tidak melibatkan struktur bangunan.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 9.58 pagi dan kerja-kerja ‘overhaul’ dilakukan bagi memastikan tiada lagi punca api di lokasi kebakaran,” katanya.

Menurut jurucakap itu lagi, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut dan operasi ditamatkan pada pukul 11.08 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI