fbpx

BizFrancais jadi platform perhebat usahawan tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rashidi (tiga dari kiri) melawat reruai usahawan Program BizFrancais Pulau Pinang 2023 di PICCA Arena Butterworth, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menerusi Perbadanan Nasional Bhd (Pernas) akan memperhebatkan lagi program BizFrancais bagi membangunkan jenama francais tempatan untuk pasaran di peringkat domestik dan antarabangsa.

Pengerusinya, Datuk Hazimah Zainuddin berkata, Pernas berjaya menganjurkan program BizFrancais di lima negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Terengganu dan Sarawak pada tahun lalu dengan pembiayaan sebanyak RM9.6 juta telah diluluskan.

“Tahun ini, kita tambah satu lagi negeri dalam program ini iaitu Perak dan sebanyak 156 permohonan disasarkan dengan potensi pembiayaan bernilai RM26.67 juta bagi keenam-enam negeri terbabit.

“Untuk rekod, Pernas telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM13.9 juta dari tahun 2010 sehingga kini bagi negeri Pulau Pinang manakala untuk tahun ini, kita sasarkan pembiayaan sebanyak RM6 juta.

“Justeru, diharapkan bakal usahawan akan merebut dan memanfaatkan peluang yang ada khususnya bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan francais,” katanya ketika berucap sempena pelancaran Program BizFrancais Pulau Pinang 2023 di Pusat Konvensyen PICCA Butterworth Arena di sini, hari ini.

Dalam majlis sama, seramai usahawan menerima Skim Pembiayaan Franchaisi BYOB berjumlah RM2.12 juta.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya akan merancakkan usaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan francais melalui Projek Be Your Own Boss (BYOB).

Katanya, menerusi BYOB, pelbagai program keusahawanan menyeluruh dengan sasaran utama diberikan kepada golongan wanita dan belia menerusi program “Successful Women Entrepreneurship Engagement Talents (SWEET)” dan program “Young Entrepreneurship Engagement Talents (YOUNITY).

“Selain itu, Pernas akan memperkenalkan beberapa program keusahawanan francais baharu pada tahun hadapan seperti program untuk pesara dan veteran serta perusahaan sosial,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI