fbpx

Bayi 8 bulan maut: Beri mereka ruang, keterangan akan diambil selepas ini – Allaudeen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allaudeen (kanan) bersama Fahmi Fadzil pada Program Pembersihan PPR Kampung Limau, Pantai Dalam hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis akan merakam keterangan ibu bapa kepada bayi berusia lapan bulan yang maut selepas ditinggalkan dalam kereta yang diletakkan di kawasan parkir di sebuah hospital, di sini kelmarin.

Bagaimanapun, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, proses tersebut akan dilakukan selepas keadaan kembali reda kerana kedua-dua mereka yang masih berduka atas kejadian tersebut.

“Beri ruang kepada mereka melalui detik ini. Kita akan panggil ibu bapa bayi itu nanti.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak,” katanya ketika ditemui pada Program Pembersihan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang bayi perempuan meninggal dunia akibat ditinggalkan ibunya kira-kira tujuh jam di kawasan parkir hospital tersebut.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan pada 5.30 petang selepas bayi itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Hasil siasatan awal mendapati pada 5 Oktober 2023 lebih kurang 7.20 pagi, ibu mangsa yang juga seorang doktor di hospital sama telah meletakkan mangsa di bahagian belakang penumpang sebelah kiri dalam keretanya untuk dihantar ke Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska).

“Bagaimanapun bu mangsa terus memandu keretanya ke tempat kerja menyangka mangsa telah pun dihantar ke taska tersebut,” katanya.

Zam Halim berkata, ibu mangsa hanya menyedari anak bongsu daripada dua beradik itu masih berada dalam kereta pada waktu petang hari yang sama selepas dimaklumkan oleh suaminya bahawa mangsa tidak dihantar ke taska. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI