fbpx

[VIDEO] Dr. Say Shazril kongsi pujuk anak autism tantrum tak mahu pindah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ace yang menghidap autism pada mulanya ceria, namun mula menunjukkan ragam sebaik menyedari persekitaran asing ketika hendak tidur.

PETALING JAYA – Seorang anak istimewa yang merajuk dan tantrum gara-gara tidak sukakan rumah baru tiba-tiba bertukar ceria sebaik dipujuk dengan keluar membeli permainan baru.

Perkongsian video oleh Dr. Say Shazril di TikTok, memaparkan keluarganya yang baru-baru ini berpindah dan menyewa di sebuah rumah di Bangsar, bagi memudahkan urusan terapi anaknya itu.

Anaknya yang dipanggil Ace dan penghidap autism itu pada mulanya ceria, namun mula meragam sebaik menyedari persekitaran asing ketika hendak tidur.

Kebiasaannya, penghidap autistik mempunyai kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

“Terduduk saya tengok dia nangis. Bukannya saya sengaja hendak pindah ke sini tetapi sekolah terapinya ada di sini,” luah Shazril di kapsyen.

Bagaimanapun, keadaan menjadi reda apabila beliau memujuk anaknya dengan membeli permainan baru di luar.

Rata-rata pengguna laman sosial tersentuh dengan telatah Ace di dalam video berkenaan.

“Saya faham perasaan tu sebab anak saya juga penghidap autism. Saya selalunya bawa anak saya keluar dan beli apa-apa untuk pujuk dia,” jelas Masyitah Din.

“Pandai dia cakap untuk meluahkan perasaannya,” kata Chilla pula.

Perkongsian video tersebut telah menerima 15,900 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

@say_shazril0Ace Tak Suka Rumah Baru Sehinggalah dia dapat “habuannya”. Mujur sesangat, sy dah risau kalau nak cancel. Barang nak pindah habis, sewa dah 2+1, mindset dah Bangsarian. Doakan Ace & Sef di sekolah baru ye peeps?

♬ original sound – say_shazril

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI