fbpx

Tiga individu ‘garu kepala’ wang RM1.4 juta lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Gara-gara mudah terpedaya dengan helah sindiket penipuan, tiga individu berputih mata apabila wang simpanan mereka berjumlah RM1.4 juta lesap ditipu scammer.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ketiga-tiga mangsa yang berusia antara 36 hingga 46 tahun membuat laporan tersebut, kelmarin dan semalam.

“Mangsa pertama, wanita tempatan di Johor Bahru ditipu seorang lelaki warga asing melalui aplikasi Tan Tan yang menawarkan pelaburan emas dan mata wang Amerika Syarikat melalui aplikasi OKGold.

“Pengadu dijanjikan keuntungan 11 peratus daripada modal dikeluarkan. Akibat terpedaya, mangsa membuat 78 transaksi ke sebuah akaun bank berdaftar di Public Bank berjumlah RM637,163,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kamarul Zaman berkata, mangsa kedua, seorang lelaki tempatan di Iskandar Puteri terpedaya dengan skim pelaburan matawang digital melalui laman web Yomaex Crypto Market.

Mangsa melakukan 19 transaksi kepada 16 akaun berbeza berjumlah RM451,887 setelah meyakini skim tersebut menawarkan pulangan pelaburan lumayan

Ujarnya, mangsa ketiga pula melibatkan seorang wanita tempatan di Muar yang menerima panggilan seorang lelaki mendakwa mangsa mempunyai bungkusan daripada Pos Laju yang berada di Alor Setar dalam perjalanan menuju ke Kuching.

“Panggilan itu turut disambung kepada seorang pegawai polis yang meminta mangsa mengirimkan wang bagi membantu siasatan polis melibatkan mangsa dimana pegawai itu memaklumkan wang tersebut akan dipulangkan semula setelah siasatan selesai.

“Akibat terpedaya, mangsa membuat 15 transaksi ke 11 akaun bank berbeza berjumlah RM322,270 yang diberikan scammer berkenaan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI