fbpx

Tiada lagi kubu UMNO di Bentong jika calon BN kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BENTONG – Tinggal sehari lagi pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Pelangai yang bakal menentukan calon-calon yang bertanding di kerusi ini.

Seramai 16,456 pengundi akan menentukan calon yang bakal menjadi wakil rakyat mereka sama ada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat atau calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasly.

Meskipun PRK berkenaan tidak dapat mengubah kerajaan sama ada kerajaan negeri atau pusat, namun pilihan raya di kawasan majoriti Melayu itu amat signifikan bagi UMNO dan Pas.

Sehingga kini hampir semua pemimpin tertinggi kedua-dua parti telah turun ke Pelangai termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Pelbagai modal kempen telah dibawa kedua-dua pihak yang mana BN antaranya membawa isu prestasi kerajaan negeri dan legasi Allahyarham Datuk Seri Johari Harun serta kepentingan wakil rakyat yang selari dengan kerajaan negeri dan pusat serta pelbagai perancangan pembangunan, manakala bagi PN pula isu pembangunan, kerjasama UMNO dan DAP dibangkitkan.

Malah isu terbaru mengenai perubahan kerajaan negeri selepas empat wakil rakyat BN didakwa bakal lompat parti juga menjadi isu panas di Pelangai.

Kekalahan kerusi berkenaan bakal memberikan tamparan hebat apabila kehilangan kerusi berkenaan bermakna tiada lagi UMNO di Bentong.

Pada masa ini Parlimen Bentong diterajui wakil DAP, Young Syefura Othman, manakala DUN Ketari dan Bilut dimenangi DAP, satu lagi iaitu DUN Sabai dimenangi MIC.

Bagi PN pula kemenangan kerusi berkenaan penting bagi memperlihatkan ‘gelombang hijau’ bakal menenggelamkan Pantai Timur selepas Terengganu dan Kelantan dikuasai mereka dalam Pilihan Raya Negeri lalu.

Penganalisis politik, Prof. Dr, P. Sivamurugan berkata, PRK ini amat signifikan kepada kedua-dua pihak yang mana bagi UMNO ia menjadi keabsahan moral parti itu yang menjadi tunjang kerajaan negeri pada masa ini.

“Walaupun PN bertungkus lumus berkempen termasuk timbul isu ‘lompat parti’, namun BN dilihat masih mempunyai kele­bihan mempertahankan kerusi berkenaan memandangkan parti itu merupakan kerajaan negeri.

“Saya masih lihat BN (mempertahankan kemenangan di DUN Pelangai) kerana walaupun PN berasakan pengundi muda Felda memberi sokongan kepada mereka tetapi apabila tiada perubahan kerajaan ne­geri, ia memberi kesan dan kemungkinan pengundi luar tidak balik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI