fbpx

Sindiket judi dalam talian digempur, 7 termasuk remaja ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang yang dirampas polis dalam serbuan di dua unit kondominium Salak Selatan, di sini, semalam. Foto IHSAN PDRM

KUALA LUMPUR – Seramai tujuh lelaki termasuk remaja dicekup dalam serbuan di dua unit premis kondominium di Salak Selatan, di sini semalam, disyaki terlibat dalam sindiket ‘calling centre’ yang mempromosikan judi dalam talian.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, individu tempatan berusia 14 hingga 40 tahun ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari.

Ujarnya, siasatan awal mendapati premis tersebut digunakan untuk mempromosi judi dalam talian dan menyasarkan mangsa tempatan dan warga asing.

“Hasil risikan mendapati sindiket ini telah memulakan operasi sejak April tahun ini. Transaksi kemasukan kredit bagi sindiket perjudian ini dianggarkan RM13 juta sebulan.

“Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Isnin untuk siasatan lanjut.

“Sementara itu, kes disiasat di bawah Seksyen 120(B) / 420 Kanun Keseksaan dan disiasat bersama Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang mencurigakan melibatkan sindiket seperti ini melalui Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai yang berdekatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI