fbpx

Remaja maut rempuh sekumpulan lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan paramedik sedang menguruskan mayat mangsa yang maut selepas merempuh sekumpulan lembu di Jalan Besar Lui Muda, di sini, awal pagi tadi. - IHSAN POLIS

JEMPOL – Seorang remaja yang bekerja sebagai mekanik maut apabila motosikal yang ditunggang merempuh sekumpulan lembu di Jalan Besar Lui Muda, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 pagi itu, mangsa, Muhammad Nabil Haikal Hariulnizam, 19, beralamat di Taman Bukit Nangka, Alor Gajah, Melaka disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki FU15 dari arah Kemayan menghala ke arah Bahau seorang diri.

“Setiba di tempat kejadian, semasa mangsa sedang bergerak lurus, motosikal mangsa dipercayai telah melanggar sekumpulan lembu yang sedang bergerak melintas jalan dilaluan motosikal berkenaan.

“Mangsa dipercayai telah melanggar bahagian belakang lembu (punggung lembu lalu tercampak ke atas jalan serta mengalami kecederaan parah di kepala. Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI