fbpx

Platform Elon Musk, X padam tajuk berita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOGO besar X kelihatan di atas bumbung bangunan ibu pejabat X di San Francisco pada 31 Julai lalu. – AFP

NEW YORK – Platform media sosial X milik Elon Musk membuang tajuk dalam artikel berita yang dikongsikan pengguna, dalam langkah yang akan memburukkan lagi hubungan dengan organisasi  media.

Bilionair itu sudah lama mengkritik ‘media legasi’ dan mendakwa bahawa X adalah sumber maklumat yang lebih baik.

Media legasi merujuk kepada media tradisional seperti akhbar, majalah  televisyen dan  radio. 

Bagaimanapun, kata Musk, perubahan terbaharu itu dilakukan atas sebab estetika dengan berita dan pautannya kini muncul sebagai gambar tanpa teks.

Musk mengambil alih Twitter tahun lalu dalam urus niaga berjumlah AS$44 bilion (RM207.79 bilion)  dan menamakannya semula sebagai X.

Beliau memecat beribu-beribu kakitangan dan mengundang kritikan kerana membenarkan pencetus-pencetus teori konspirasi dan pelampau kembali menggunakan platform tersebut, menyebabkan ramai pengiklan cabut lari.

Musk juga menyaring berbilang wartawan daripada pembekal berita utama termasuk Washington dan CNN di samping melewat siar hantaran daripada sebilangan akaun termasuk New York Times

“Saya hampir tidak membaca langsung berita legasi sekarang.

“Buat apa membaca artikel 1,000 perkataan tentang sesuatu sedangkan ia telah dimuat naik di laman X berapa hari sebelumnya?,” kata Musk  Selasa lalu.

Sesetengah kumpulan media pula berhenti menyiarkan berita mereka di laman X berikutan peningkatan ucapan kebencian dan perilaku Musk. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI