fbpx

Tendangan tauke restoran ‘berharga’ RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Seorang lelaki yang juga majikan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menendang pekerjanya selepas berang mangsa memberikan alasan remeh tidak hadir bekerja.

Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Nabil Fikri Mohd Noor, 36, yang membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati secara sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Syahzuan Mohamad Effendi, 22, dengan cara menendang mangsa.

Tindakan itu dilakukan kira-kira pukul 11 malam di sebuah restoran di Jalan TU40, Ayer Keroh, dalam daerah Melaka Tengah pada 22 November tahun lalu.

Difahamkan, tertuduh bertindak sedemikian selepas berang dengan mangsa yang dikatakan sering ponteng dan memberikan alasan sesuka hati termasuk penat bekerja di sebuah restoran tempat kejadian.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI