JAKARTA – Seorang pemuda tampan yang berasal dari Indonesia tular selepas berkongsi video dia mengajar kanak-kanak membaca kitab suci al-Quran di Jepun.
Portal berita Okezone melaporkan, video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @4dhit_ya.
Adithya dilihat tekun mengajar kanak-kanak membaca Iqra dan al-Quran di Masjid Darussalam Nishio di Aichi yang diuruskan sepenuhnya oleh komuniti Indonesia.
Dia menerangkan cara bacaan itu menggunakan bahasa Jepun supaya kanak-kanak dapat memahaminya dengan lebih baik.
Kanak-kanak itu kelihatan gembira dan bersemangat ketika belajar mengaji bersama Aditya. – Agensi