IPOH – Seorang pelayan bar dijatuhi hukuman penjara setahun enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan perbuatan khianat, bulan lalu.
Tertuduh, Shaz Erfan Adril Abdul Jalil, 22, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh yang masih bujang itu didakwa dengan niat melakukan perbuatan khianat iaitu menyimbah cecair merah, menampal nota dan memecahkan cermin kereta jenis Honda City, Honda HRV dan Perodua Alza yang diparkir di hadapan sebuah rumah.
Perbuatan tertuduh itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian berjumlah RM2,000.
Kedua-dua perbuatan tersebut dilakukan tertuduh di Taman Menglembu Impiana Adril di Ipoh dalam daerah Kinta antara pukul 2 hingga 3 pagi pada 19 dan 26 Ogos 2023.-KOSMO! ONLINE