fbpx

Pangggil musibat, kutuk janda , terima kasih hina kami – Fauziah Sarman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAUZIAH Sarman mengulang siar mesej berbaur hinaan daripada seorang individu terhadapnya.

PETALING JAYA – “Masuk Instagram kata saya dan anak-anak lapar publisiti. Panggil musibat dan kutuk saya janda. Terima kasih hina kami!”.

Demikian luahan kekecewaan bekas isteri kepada penyanyi Datuk ND Lala, Fauziah Sarman saat berdepan celaan individu lelaki tidak dikenali dalam media sosial.

Turut mengulang siar tangkap layar hinaan individu berkenaan dalam Instagramnya, Fauziah yang juga ibu kepada penyanyi Shila Amzah turut mensyaki perbuatan tersebut mungkin dilakukan pihak yang ada kaitan dengan isteri baharu bekas suaminya.

Malah wanita berusia 55 tahun itu turut menyifatkan tindakan pihak terbabit sebagai sesuatu yang hanya memalukan diri sendiri.

“Awak pun lahir dari seorang perempuan. Memalukan sungguh lelaki mulut macam awak ini.

“Apa maksud musibat? Mentua bekas suami saya orang Melaka. Saudara-mara penyondol itu ke?” katanya yang turut menyiarkan tangkap layar serangan

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata mengecam tindakan individu berkenaan, malah ada yang menyarankan Fauziah mengambil tindakan undang-undang.

“Lelaki (suami) siapa ini? Tolong kutip (tangkap). Jangan main media sosial. Ingat janda tiada harga diri ke,” kata pengikut Fauziah atau Mama Zie itu.

“Failkan saman saja supaya makhluk Allah ini sedar diri,” ulas seorang lagi netizen.

“Lapor polis. Mereka berani dalam sosial media saja,” ujar pemilik akaun lain.

Sebelum ini Fauziah mengesahkan sudah diceraikan ND Lala menerusi lafaz dilakukan di sebuah masjid pada 2 Ogos lalu, namun hanya dimaklumkan mengenainya menerusi WhatsApp, enam hari kemudian.

Menerui perkahwinannya dengan ND Lala atau Amir Hamzah Salleh, 62, sejak 1989, Fauziah dikurniakan empat cahaya mata, Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI