fbpx

MSAM 2023: Takaful perjalanan jamin perlindungan ketika melancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fuzi (empat dari kanan) ketika merasmikan pelan IKHLAS Secure Travel Takaful sempena MSAM 2023 di Setia Fontaines, Bertam, baru-baru ini.

SEBERANG PERAI – Persediaan menyediakan insurans atau takaful perjalanan dapat memastikan jaminan perlindungan sekiranya berlaku sesuatu tidak diingini ketika percutian berlangsung sama ada di dalam mahupun luar negara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin berkata, polisi takaful perjalanan dapat memastikan individu dan keluarga menikmati percutian dengan tenang.

“Aktiviti melancong atau bercuti sama ada ke destinasi domestik mahupun antarabangsa antara aktiviti yang digemari oleh masyarakat untuk beristirehat serta melapangkan
fikiran.

“Bagi memastikan perjalanan lebih tenang serta dilindungi sekiranya berlaku kesukaran semasa bercuti, Takaful Ikhlas menawarkan pelan takaful perjalanan yang komprehensif dan mampu milik untuk semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pelancaran IKHLAS Secure Travel Takaful sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 di Setia Fontaines, Bertam, semalam.

Perasmian program tersebut disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak. Hadir sama ialah Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.

Mengulas lanjut, Rudy memberitahu, insurans kembara berperanan sebagai ‘penyelamat’ jika berlaku perkara tidak diingini.

Jelasnya, Ikhlas Secure Travel Takaful menawarkan pelanggan pelbagai manfaat menyeluruh termasuklah perlindungan terhadap pembatalan atau gangguan percutian, kehilangan bagasi, kecemasan perubatan, badal haji serta bantuan 24-jam perjalanan dan kesihatan dan perkhidmatan ambulan udara.

“Bagi penggemar aktiviti lasak pula, mereka juga boleh mendapatkan lebih perlindungan dengan sumbangan tambahan.

“Kami berharap agar masyarakat lebih peka akan kepentingan perlindungan takaful perjalanan
dan isu ini tidak boleh dipandang dipandang remeh kerana risiko berlakunya perkara yang tidak diingini semasa sedang bercuti sentiasa ada”, katanya.

Sementara itu, bagi memeriahkan lagi promosi produk-produk Takaful Ikhlas sempena berlangsungnya MSAM 2023 ini, pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada pengunjung bertuah khususnya mereka yang menyertai mana-mana pelan perlindungan takaful keluarga.

Antaranya termasuk pelbagai barangan elektronik, gajet dan sijil simpanan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang secara keseluruhannya bernilai lebih RM27,000. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI