PETALING JAYA – Pengarah Urusan (MD) Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Datuk Seri Iskandar Mizal Mahmood telah meletakkan jawatan ekoran kontraknya yang akan berakhir pada 24 Oktober ini.
Beliau mula dilantik sebagai MD dalam kumpulan tersebut pada 25 Oktober 2021.
Sepanjang dua tahun beliau dalam kumpulan tersebut, Iskandar telah melaksanakan pelbagai transformasi yang telah menyumbang kepada pertumbuhan MAHB seterusnya menyumbang kepada trajektori kestabilan dengan memulihkan prestasi kewangan syarikat ekoran terkesan daripada pandemik lalu.
“Lembaga pengarah MAHB melahirkan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan dan kepimpinan beliau sepanjang berada di dalam Kumpulan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Dalam masa yang sama, lembaga pengarah mengumumkan Ketua bakal memulakan tugasnya sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif berkuatkuasa 25 Oktober ini.
Mohamed Rastam mula menyertai MAHB sebagai CFO pada 1 Januari 2020. -KOSMO!ONLINE