fbpx

Linda Hashim pertahan mak cik ‘cekik darah’ Ekin Mawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Linda Hashim tam;il kenyataan berbaur sindiran terhadap Ekin yang juga isteri penyanyi Mawi berhubung isu harga makan cekik darah di sebuah restauran di Johor.

PETALING JAYA – Terpanggil menyuarakan pendapat berhubung dakwaan isteri kepada penyanyi Mawi, Ekin yang kesal dikenakan harga cekik darah sebuah kedai makan di Johor, pelakon Linda Hashim tampil bersuara.

Linda menerusi berpendapat Ekin sepatutnya bertanya terus dengan pemilik restoran makanan laut itu apabila timbul rasa ragu-ragu dengan harga yang dikenakan.

Katanya tak nak menjatuhkan perniagaan sesiapa, tapi siap buat siaran langsung (live).

“Kasihan peniaga sekarang, naik harga saja kena kecam, ingatkan artis sahaja selalu kena kecam.

“Lain kali kalau tak berapa jelas dengan harga, boleh tanya depan-depan. Bukan curi-curi ambil video orang okey. Tak baik, kasihan mak cik tu,” ujar Linda.

Sementara itu, aktres berusia 39 tahun itu turut membalas komen daripada netizen dengan mengiyakan pertanyaan sama ada pemilik premis tersebut adalah ibu saudaranya.

“Ya, dia mak cik saya,” balas Linda ringkas.

Sebelum ini kecoh dalam media sosial apabila Ekin mendakwa harga makanan yang dikenakan sebuah kedai makanan laut yang dikunjunginya di Johor Bahru terlalu mahal iaitu berjumlah RM1,260.

Sementara itu, pemilik kedai tersebut tampil menjelaskan Ekin datang ke gerainya bersama hampir 20 orang ahli keluarga beserta kanak-kanak pada petang 30 September lalu.

Tambahnya, Ekin dan keluarga membuat pesanan 11 jenis hidangan berbeza termasuk siakap tiga rasa, udang mentega, siput gonggong, sotong goreng tepung, ikan pari bakar dan beberapa lagi.

Tidak mahu isu berpanjangan, pemilik kedai turut menyatakan pihak mereka bersedia untuk bersemuka dengan Ekin dan Mawi bagi menjernihkan keadaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI