fbpx

Kutipan zakat Skim Sakinah meningkat 3.8 peratus di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amran (kanan) bersama Ahmad Rizal ketika program santai selebriti dan kempen zakat pendapatan di George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Prestasi kutipan zakat sehingga 30 September lalu menerusi Skim Sakinah meningkat sebanyak 3.8 peratus iaitu sebanyak RM42.5 juta berbanding RM40.9 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP), Datuk Amran Hazali peningkatan jumlah kutipan itu didorong oleh jumlah majikan yang bertambah saban tahun.

“ZPP sedar bahawa kempen kesedaran zakat secara praktikal boleh dilaksanakan dengan bantuan yang signifikan daripada pihak majikan.

“Ia terutama dengan bantuan daripada agensi kerajaan negeri yang memberikan ruang dan peluang kepada ZPP untuk membuat taksiran zakat kepada prospek pembayar zakat dalam kalangan kakitangan agensi dan jabatan,” katanya pada program santai selebriti dan kempen zakat pendapatan di sini, hari ini. Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Rizal Mohd. Hanapiah.

Dalam pada itu, katanya, ZPP telah menyediakan inisiatif menarik untuk diberikan kepada pembayar- pembayar zakat iaitu Skim Kafalah Mahabbah.

“Skim Kafalah Mahabbah ini membolehkan para pembayar zakat yang menunaikan zakat minimum RM100 setahun, dan mendapat faedah khairat kematian berjumlah RM1,000 jika berlakunya kematian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI