fbpx

F1: Verstappen mampu sah kejuaraan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN mampu mengesahkan kejuaraan dunia pada Sabtu ini sekiranya berjaya menamatkan saingan Sprint dalam kedudukan enam terbaik. - AFP

DOHA, Qatar – Pelumba Red Bull, Max Verstappen berpotensi besar mengukir sejarah sekali lagi dalam perlumbaan Formula Satu (F1) apabila bakal dinobatkan juara dunia lebih awal menjelang saingan Grand Prix (GP) Qatar hujung minggu ini nanti.

Pemandu dari Belanda tersebut berpeluang untuk menjulang gelaran dunia F1 kali ketiga berturut-turut dan kemenangan tersebut mampu diraikan sewaktu perlumbaan ‘Sprint’ pada Sabtu nanti tanpa perlu menunggu perlumbaan sebenar.

Sekiranya ia benar berlaku, Verstappen akan mencatat sejarah menjadi juara dunia pertama pada perlumbaan hari Sabtu bagi tempoh empat dekad apabila hanya memerlukan tiga mata sahaja lagi dan hanya perlu menamatkan saingan itu di kedudukan keenam.

Ketika ini, pelumba berusia 26 tahun itu telah merangkul 13 kemenangan tahun ini dan mendahului carta kedudukan pemandu dengan 400 mata sekali gus meninggalkan rakan sepasukanya Sergio Perez dengan kelebihan 177 mata.

“Suhu akan menjadikan perlumbaan tersebut menarik terutamanya kerana kami mempunyai perlumbaan pecut hujung minggu ini. Jadi, kami perlu belajar seberapa banyak yang kami boleh dari latihan Jumaat sebelum saingan sebenar berlangsung pada Sabtu nanti.

“Gelaran dunia kategori pemandu boleh dimenangi pada hari Sabtu jadi itu adalah matlamat utama kami dan saya harap ia akan menjadi hujung minggu untuk diingati,” kata Verstappen.

Jika Verstappen merangkul kejuaraan dalam perlumbaan Sprint , dia akan menjadi juara Sabtu pertama sejak Nelson Piquet memenangi gelaran dunia 40 tahun lalu di Grand Prix (GP) Afrika Selatan 1983.

Empat pemandu lain telah memenangi gelaran pada hari Sabtu ialah Juan Manuel Fangio (1955), Jack Brabham (1959), Graham Hill (1962) dan Keke Rosberg (1982). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI