fbpx

Dua lelaki warga emas maut, kenderaan rempuh belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENDERAAN pacuan empat roda dinaiki dua mangsa kemalangan maut di Kilometer 365, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Tanjung Malim.-IHSAN JBPM

TANJUNG MALIM – Dua lelaki warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabit nahas dengan lori muatan sisa bijih timah di Kilometer 365, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Pang Ah Kau, 76, dan Lau Hock Hing, 83.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River, Isma Mohamad Ubaidullah Ahmad Rani berkata, maklumat kemalangan itu diterima pada pukul 5.42 pagi dengan sepasukan 11 anggota dihantar ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati kenderaan dinaiki kedua-dua mangsa terperosok di bahagian belakang lori menyebabkan mereka tersepit di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan.

“Anggota segera menjalankan operasi mengeluarkan kedua-dua mangsa dengan menggunakan peralatan khas menyelamat. Kedua-dua mangsa bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI