fbpx

Berhak dapat makanan, akses internet percuma jika penerbangan ditunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Para penumpang berhak menuntut beberapa perkara secara percuma jika penerbangan ditunda melebihi dua jam.

Menurut perkongsian seorang peguam bela @LawyerGhandi baru-baru ini di aplikasi TikTok, beliau memaklumkan bahawa setiap penumpang perlu mengetahui hak-hak yang boleh dituntut sekiranya penerbangan mereka ditunda.

“Di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan, penumpang berhak menerima makanan, minuman, panggilan telefon dan akses data internet secara percuma dari syarikat terbabit jika penerbangan ditunda selama dua jam.

“Sekiranya penerbangan ditunda selama lime jam atau lebih pula, penumpang berhak mendapat penginapan dan kos perjalanan dengan percuma sebagai pampasan,” katanya.

Tambahnya, pampasan untuk kelewatan penerbangan ada di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Awam Malaysia melalui Kod Pengguna (Consumer Code).

“Untuk menuntut pampasan, boleh terus pergi ke kaunter syarikat penerbangan atau telefon talian bantuan mereka,” jelasnya lagi.

Beliau turut menasihati orang ramai untuk mengetahui hak mereka dan tidak memberi syarikat penerbangan mengambil kesempatan terhadap penumpangnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI