fbpx

[VIDEO] Banjir: Lelaki terperangkap dalam X-Trail diselamatkan di Chan Sow Lin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar anggota JSPT KL menyelamatkan mangsa keluar dari kenderaan yang terperangkap banjir, petang tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu tempatan yang terperangkap dalam banjir di bawah terowong Jalan Chan Sow Lin, di sini, diselamatkan oleh beberapa anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL), petang tadi.

Timbalan JSPT KL, Superintendan Zulkafli Che Lah berkata, mangsa yang menaiki kereta Nissan X Trail diselamatkan oleh tiga anggotanya sekitar pukul 6 petang.

Menurutnya, air naik di kawasan Jalan Chan Sow Lin menghala ke Jalan Pudu berpunca daripada hujan lebat di ibu negara.

“Susulan kejadian itu, kenderaan dinaiki mangsa berusia 27 tahun ditenggelami air. Seramai tiga anggota JSPT KL memberi bantuan ketika sedang membuat pemantauan di lokasi.

“Tiga anggota yang terlibat adalah Koperal Syed Syafiq Syed Salim, Lans Koperal Shahril Kamaruzaman dan Lans Koperal Muhammad Afizul Ismail.

“Sejurus melihat insiden itu, ketiga–tiga anggota tersebut membantu mangsa keluar dari kenderaan dengan selamat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI